[edit on 17 Nov 09 : update cara pengiraan dividen ASB]Saya ingin berkongsi Konsep pengiraan dividen dan bonus ASB. Tetapi ini hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan ini tepat. Perlu diingat bahawa hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.
Dividen ASB[edit on 9 Dis 09 : monthly rest, not monthly compounding]Konsep asas pengiraan dividen ASB ialah konsep "monthly rest" untuk baki terendah dalam setiap bulan. Perlu diingat bahawa pemberian dividen ini hanyalah dilakukan sekali untuk setiap tahun, iaitu pada bulan Januari. Ini bermaksud, nilai dividen yang diumumkan perlu dibahagikan kepada 12 (12 bulan), dan didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan (bulan januari hingga disember), sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember.
Sebagai contoh, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 8%, dan berikut ialah nilai pelaburan anda dari Januari 2009 sehingga Disember 2009,
Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Maka, pengiraan dividen berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 8%) adalah seperti berikut,
[edit 17 Nov 09 : cara pengiraan mengikut penyata ASB 2008]Dividen ASB= (jumlah baki terendah setiap bulan)/12*0.08= (4000+4500+5500+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000)/12*0.08
= RM573.33
[edit 17 Nov 09 : hide]Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.08)/12=26.67
Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.08)/12=30.00
Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.08)/12=36.67
Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM573.31.
Bonus ASBASB juga ada memberikan bonus, yang menggunakan konsep "monthly compounding", tetapi nilai yang diberikan ialah untuk tempoh sepuluh (10) tahun. Ini bermaksud, nilai bonus yang diumumkan perlu dibahagikan dengan 120 (10 tahun mempunyai 120 bulan), dan perlu didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan, sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember. Pemberian bonus juga dilakukan serentak dengan pemberian dividen iaitu pada bulan Januari setiap tahun.
Mari lihat contoh berikut, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 1%, dan dengan kadar simpanan yang sama untuk kes dividen ASB sebelum ini,
Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Maka, pengiraan bonus ASB berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 1%) adalah seperti berikut,
Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.01)/120=
0.33Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.01)/120=
0.38Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.01)/120=
0.46Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=
0.67Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah
RM7.20.
Walau bagaimanapun, saya tidak mengetahui sama ada terdapat sebarang syarat tertentu untuk melayakkan seseorang pencarum mendapatkan bonus tersebut.
PenutupSuka untuk saya mengingatkan sekali lagi bahawa kiraan di atas hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan tersebut adalah tepat. Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.
Terima kasih untuk sebarang komen terhadap kiraan kasar di atas. Saya juga amat mengalu-alukan sekiranya anda ingin berkongsi sebarang maklumat tambahan atau mungkin simulasi dividen dan bonus ASB anda sendiri.
SHARING IS CARING :)